19.05.2015
e-Books
1 Comment

Fighter Wing [PDF]

by Tom Clancy
Buku yang bertajuk Fighter Wing: A Guided Tour of an Air Force Combat Wing ini merupakan hasil tulisan Tom Clancy dan John Gresham. Buku ini merupakan salah satu buku di dalam siri A Guided Tour. Mengikut kronologinya,buku ini merupakan buku yang ketiga di dalam siri tersebut.
Kuasa udara angkatan tentera Amerika Syarikat (Tentera Udara Amerika Syarikat (TUAS)) menjadi fokus penceritaan buku ini. Lebih tepat lagi,buku ini membincangkan sebuah Wing unik yang menggabungkan beberapa buah skuadron udara yang mempunyai pesawat tempur dan peranan yang berbeza antara satu sama lain. Namun demikian,unit ini mestilah mampu bertindak sebagai sebuah unit padu dan mampu diaturgerakkan di mana-mana lokasi seperti mana yang diarahkan oleh Rumah Putih. Dalam erti kata lain,unit ini menjadi unit udara pendahulu operasi udara TUAS di dalam mana-mana konflik yang melibatkan AS. Unit ini dipanggil 366th Wing "The Gunfighters". Skuadron-skuadron yang berada di bawah kawalannya adalah:

a) 389th Fighter Squadron yang mengoperasikan pesawat tempur pelbagai guna F-16 Fighting Falcon

b) 390th Fighter Squadron "Wild Boars" dengan pesawat penguasaan udara F-15 Eagle

c) 391th Fighter Squadron "Bold Tigers menggunakan pesawat penggempur darat F-15E Strike Eagle

d) 34th Bombardment Squadron "Thunderbirds" merupakan sebuah skuadron unik. Satu-satunya skuadron pesawat pengebom yang mengoperasikan B-1B Lancer di dalam 366th Wing

e) 22nd Aerial Refueling Squadron yang merupakan skuadron yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat pengisi minyak udara,KC-135 Stratotanker

Jika diperhatikan,kelima-lima buah skuadron ini amat berbeza sekali peranan dan jenis pesawat yang dioperasikan. Namun demikian,kesemua skuadron ini disatukan di dalam sebuah Wing yang komposit sifatnya. Pembentukan Wing yang begitu unik ini tercetus hasil daripada pengalaman Perang Teluk 1991 dan penstrukturan semula TUAS yang menyaksikan beberapa perubahan besar berlaku akibat tamatnya Perang Dingin. Sebagai contoh,penubuhan Air Combat Command (ACC) yang bertanggungjawab ke atas pengoperasian pesawat perang TUAS yang sebelum ini terpisah antara Tactical Air Command (yang mengoperasikan pesawat-pesawat tempur taktikal) dan Strategic Air Command (yang mengoperasikan pesawat pengebom yang mampu dilengkapkan dengan bom nuklear).
Selain sejarah mengenai 366th Wing,turut diselitkan beberapa maklumat dan gambar yang menarik untuk rujukan para pembaca. Sejarah pesawat tempur yang digunakan 366th Wing,sejarah sistem persenjataan (seperti bom dan peluru berpandu) buatan AS,informasi bagaimana 366th Wing berfungsi sebagai sebuah organisasi dan lain-lain maklumat berkaitan. Tambah menarik,turut diselitkan sebuah novel mini di dalam buku ini. Novel mini yang bertajuk Operation Golden Gate memberikan gambaran kepada pembaca,dalam bentuk fiksyen,bagaimana unit udara 366th Wing bertindak di dalam dunia sebenar.
Sebenarnya,edisi yang saya miliki ini adalah edisi yang dikemaskini. Terdapat sebuah ruangan khusus yang dipanggil Updates. Memandangkan tarikh penerbitan asal buku ini adalah pada November 1995 (edisi kemas kini ini pula diterbitkan pada tahun 2004),sudah tentu ada beberapa perkara berkaitan yang perlu ditambah. Malahan,366th Wing ini masih wujud. Tetapi,bukan lagi sebuah Composite Wing. Sebaliknya,kini hanya tinggal skuadron 389 dan 391 sahaja yang berada di bawah Wing tersebut dan kedua-dua skuadron mengoperasikan F-15E Strike Eagles.
Walaupun demikian,kandungan buku ini masih lagi boleh dianggap relevan. Ada beberapa informasi yang terdapat di dalamnya berkaitan dengan pada masa sekarang. Sekurang-kurangnya,dari segi sejarah,terutamanya sejarah TUAS secara amnya dan sejarah 366th Wing "The Gunfighters",khususnya. Buku ini merupakan sesuatu yang sangat bernilai terutamanya kepada mereka yang meminati sejarah-sejarah yang berkaitan dengan ketenteraan.
[PDF] Fighter Wing download

Book info

Title
eBook formatPaperback, (torrent)En
Author
PublisherBerkley
File size5.2 Mb
GanreWar
Release date 06.01.2004
ISBN9780425193709
Pages count496
Book rating4.4 (508 votes)
 rate rate rate rate rate

Other Formats

1 comment

1. Persia Emily | 19.05.2015 17:33

avatar avatar_frame

Thank you! Great book!

Post your comments


©2009-2016 Rel books. All rights reserved.